Saturday, August 8, 2009

Persiapan aku ke perkhemahan ke P.Kapas jumaat depan

Assalamualaikum...
Aku macam-macam rasa nak ke Pulau Kapas ini. Kadang-kadang aku rasa malas, tak larat,bukan zaman aku nak buat itu semua, tapi bila ingat-ingatkan inilah saja masa yang ada untuk bersama-sama kawan yang dikasihi. Semester depan dah praktikal, comfirm tak jumpa batang hidung dia orang. Org Pulapol bertapa di Pulapol, yang Kelang betapalah kat Kelang, Petaling Jaya, Bukit Aman, IPK KL, Makmal forensik dan lain-lain lagi. Yang pertama sekali kami nak didedahkan macam-macam pengalaman outdoor recreation yang kami masih tak dapat menguasai hingga sekarang. Bayangkan kalau takda subjek En. Hisyam ni, alamat kami takdalah kesedaran terutama kesedaran belajar berenang minggu dulu. Aku teruja sungguh. Esok pagi kami hendak turun ke Tasik berkayak. Seronok juga. Lama aku tak berkayak dah bertahun-tahun dah. Seingat aku masa kat Kem PLKN Semenyih, Mantin dan Behrang aku masuk kayak kerana terpaksa bantu kawan-kawan yang mengajar subjek air. Kalau tak, haram aku nak masuk Tasik busuk kat Kem PLKN. Bila buat water confident macam bagus je jaga budak2, bila aku sendiri buat water confident di Kolam Uitm S.Alam baru aku rasa apa yang wira dan wirawati rasa. Nasib baik itu bukan kepakaran aku. Cikgu2 pakar air yang ajar. Aku lak bila cikgu-cikgu itu bantu aku kat Padang Kawad atau kat Dewan semasa aku mengajar mata pelajaran aku, aku tunjuk lak kepakaran aku sebagai cikgu Teakwondo atau kami panggil kat kem plkn Tempur Tampa Senjata(TTS). Masa tu depa yang melopong badak. Maklumlah umur 19 tahun dah dapat sijil jurulatih Taekwondo.Kira zaman aku dulu proudlak gak.Tapi itu berkat usaha aku gigih aku dan atas usaha ayah aku yang GARANG gila paksa aku adik-beradik g kelas semasa kami tinggal di Kuarters Askar.Anak askarlah katakan.Walau macamanapun aku redah jugaklah. Terima Kasih gak kat ayah aku, kalau dia tak hantar aku belajar martial art maybe aku jadi budak lembik......
Aku rasa kat Pulau Kapas nanti ada yang masak nasi mentah. Maklumlah dah biasa masak periuk karan, ni kena pakai dapur gas atau silap-silap kayu api....haru. makanlah nasi mentah tu....termasuklah aku gak.....masak lauk lagilah haru. biasa kat umah masak untuk 6 beranak. kadang-kadang balik umah lewat Bibik yang selalu masaknye. Ini nak masak untu 18+6=24 orang haru aku rasa. Harap-harap adalah kawan yang pakar memasak offer diri. oklah aku dah ngantuk dah. sok nak bangun jam 5.30. jam 7 pagi kena terpacak tumit kat Gym Uitm S.Alam lak nak load kayak. Bye....Wassalam. Sambung kemudian

No comments: