Friday, July 31, 2009

Berkorban demi masa depan

Selama hampir 4 tahun bertungkus-lumus mengulangkaji pelajaran, menjalankan tugas sebagai penolong pegawai penyiasat di kota Metropolitan yang serba mencabar ini kadangkala kurasakan aku telah mengabaikan tanggungjawab ku pada keluarga tercinta. Aku bernasib baik memiliki seorang suami yang begitu memahami tetapi adakah aku tahu apa yang tersirat di dalam benaknya apabila setiap hujung minggu yang hampir 4 tahun ini aku langsung tidak dapat meluangkan masa dengan mereka. Aku percaya,anak-anakku masih mentah untuk memahami pengorbanan ibunya ini. Waktu bertugas di siang hari pula aku memberikan sepenuh komitman sehingga terpaksa balik lewat dari pejabat kerana aku terpaksa dan tiada pilihan selain mengikut perintah Boss dan kehendak tugas ku sebagai seorang penyiasat.Kadang-kadang aku sembahyang isyak di pejabat.Kadang-kadang aku merasa cemburu melihat kawan-kawan yang mempunyai tugas yang tidak membebankan walaupun berpangkat sarjan seperti aku. Tetapi, bila aku fikirkan tugas Penyiasat di Cawangan Tatatertib Kuala Lumpur ini ada kepuasan yang tersendiri walaupun terlampau sibuk, IP dan KST tak pernah susut malah hari-hari bertambah tetapi bila dapat menyelesaikan kes dan dapat kaitkan pesalah dengan sabitan, aku rasa puas dan tentu sekali pasukan polis tidak mahu menyimpan anggota yang bermasalah di dalam pasukan yang berwibawa ini.Aku begitu ikhlas dalam menjalankan tugas malah aku tidak pernah menyimpan 'MP' (berniat jahat) dan bias di dalam siasatan aku kerana aku tahu mencari rezeki di bumi Allah mestilah berkhemah dan ikhlas.
Didalam pelajaran pula, niat untuk menambah pengetahuan di dalam sukan membuatkan aku berkorban masa, keluarga, kerjaya dan tenaga untuk mencapai cita-cita mencapai segulung 'diploma'. Bukan apa sekadar kepuasan diri sendiri. Mula0mula aku rasa macam tak boleh nak bawa program ini,tetapi berkat semangat 'veteran' ini aku telah membuktikan pada diri dan masyarakat pengalaman bergelumang dengan sukan sejak remaja dan pengalaman mewakili negara yang sekian lama,menjadi jurulatih yang sudah 'pencen' menjadikan aku seorang yang matang dalam hidup. Walaupum dah 'tua' aku terpaksa bersaing dengan adik-adik di dalam kelas kerana semangat orang 'tua' lain macam sikit.
Itulah serba sedikit coretan luahan hati dan perasaan yang dapat aku kogsi bersama.Moga ada kebahagiaan yang menanti di hujung pencarian ku ini. Wassalam

Saturday, July 18, 2009

pengalaman membuat simpulan

Hari ini hari pertama saya belajar membuat simpulan knot. Peninglah pulak kepala aku. Tapi baru aku tahu simpulan atau di panggil knot ini ada byk. Namanye juga agak unik dan tersendiri seperti manok atau clove hitch, butterfly knot, reef knot, thief knot,sheet bend, bowline dan macam-macam lagi.Aku kenalah menghafalkannya dan praktik banyak kali.